Runtuh Kota Melaka Kita Bina Putrajaya..

Time : 1633 hours
Location : Bahagian ICT, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
Situation : Menggunakan PC Pejabat Ke Arah Jahanam Dan Tak Berfaedah

Assalamualaikum Sahabatku Sekalian Alam..
Ape Khabar Sekalian Semua?? Aku Disini Masih Lagi Sedang Berusaha Ke Arah Kesejahteraan Hidup Di Dunia Dan Akhirat.. Kini Aku Sedang Berpijak Di Bumi Putrajaya Untuk Menjalani Latihan Praktikal Aku Selama 6 Bulan Bermula Bulan Julai Ni.. Hmm..

Aku Ditempatkan Di Bahagian ICT Sesuai Dengan Bidang Aku.. Aku Telah Diberikan Satu Projek Utama Sebagai Latihan Aku Disini Iaitu Membangunkan Sebuah Sistem Kawalan Keselamatan. Sistem Ini Adalah Untuk Kegunaan Bahagian Fizikal Dan Keselamatan Di Jabatan Yang Sama. Disamping Membantu Operasi Menguruskan PC² Pejabat Yang Berjuta Nih Dan Setiap Ari Ader Je Masalah. Kena Virus,Trojan,Worm, Hardware Jahanam Adalah Problem Yang Biasa Dan Aku Pun Menyebokkan Diri Tolong Bahagian Operasi Repair Menate PC Nih. Di Samping Belajar Selok-Belok Networking, Server Yang Digunakan Di Pejabat Ni, Perisian Yang Tak Penah Aku Jumpe Pun Sebelum Nie, Sistem Yang Telah Dibangunkan Di Pejabat Nie Dan Lain-Lain Lagi La Yang Berkaitan Dengan Bidang ICT Nih. Kira Agak Letih Gak La Ari² Nengok PC Jerk. Sebbaik Staf² Kat Sini Sumer Comey². Huhu.. Tapi Slalu Jer Pulak Aku Rase Aku Ni Melepak.. Blasah La..

Knape Yer Aku Mintak Praktikal Kat Jabatan Kerajaan Kat Purajaya Nih Ek ? Hmm.. Susah Nak Jawab.. Dahla Takderk Alaun. Stengah Jam Plak Tu Naik Moto Dari Rumah Sewa Aku Kat Bandar Baru Bangi Tuh. Kira Budget Sehari RM3 La Untuk Moto Nouvo Aku Yang Suka Cekik Minyak Tuh Untuk Aku Ulang-Alik Pejabat. Pertama.. Aku Sukakan Suasana Protokol. Kemeja, Tali Leher, Seluar Slack, Kasut Kulit Hitam. Bos Berpangkat Dato. Meeting. Dan Laen-Laen Lagi La.. Malas Plak Nak Tulis..

Lagi Satu Pulak.. Suasana Yang Ader Kat Putrajaya Nih. Datang Pejabat Melihat Suasana Flora Dan Fauna Yang Indah Lagi Permai Membuatkan Aku Lagi Bersemangat Nak Kerje. Aku Ni Kan Penjunjung Alam Sekitar Yang Agung. Balik Pejabat Pas Penat Kerje Tengok Lagi Keadaan Alam Sekitar Yang Permai Buatkan Trus La Penat Tu Ilang Kan?? Poyo Jer Ayat.. Tapi Apa Yang Ader Kat Putrajaya Ni Kira Susah Jumpe La Kat Tempat Lain. Bangunan-Bangunan Dengan Senireka Yang Agung Diindahkan Lagi Dengan Suasana Landskap Yang Dijaga Rapi. Kira Bangga Jugakla Jadi Anak Malaysia. Pelancong Datang Melawat (Setiap Ari Penuh Dataran Putrajaya) Yang Dari China, Korea, Arab, Tah Mexico Pun Ader Kot, Menunjukkan Lagi Bahawa Malaysia Adalah Suatu Destinasi Pelancongan Yang Mesti Dilawat Oleh Pelancong Asing. Sesuai Dengan Tema Cuti-Cuti Malaysia. Ahh.. Dah Start Merepek La Aku Nih..

Okla.. Stakat Ni Jer Aku Membebel.. Jumpe Lagi Di Lain Siri.. Semoga Dua Tiga Kucing Berlari.

Wassalam : ) =

Leave a Reply