Archive for November, 2005

Back To True School…

Saturday, November 19th, 2005

Assalamualaikom..

Esok (Harini La Ni) Aku Akan Kembali Ke Permukaan UKM. Untuk Berkampung Nak Settlekan Program² Sempena Cuti Sem Ni Kat Bebudak 1st Year Urusetia Pembangunan Sumber Manusia, UKM.

Akan Ader 4 Program Sepanjang Tinggal Sebulan Cuti Sem Ni.
1. Kursus Asas Fasilitator UKM, Ayer Keroh, Melaka.
2. Kursus Ketahanan Diri, Gunung Ledang.
3. Kuliah UPSM, UKM
4. Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Susulan, Sabak Bernam.

Untuk OPKIM Susulan Tu Aku Bertindak Sebagai Ketua Pengarah. Nasib Baik Nama Dia Susulan. Takla Berat Sangat. Orang Kampung Pun Kita Dah Kenal. Mak Ayah Angkat Pon Dah Settle. Orait..

Semoga Aku Dicucurah Rahmat, Tenaga & Kerajinan OlehNya Untuk Settlekan Perkara-Perkara Yang Blom Settle Lagi. Tinggal Sminggu Je Lagi Beb. Yeehaa..

The Intelligence Of Modern Pupils..

Friday, November 18th, 2005

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi
sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak
selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan
penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi
semua
masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
perkataan
berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan
cepat, lawan bagi
perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya
keluar.)

-=[ Selamat Hari Rayer ]=-

Friday, November 4th, 2005

Assalamualaikom..

Huiyo.. Menulis Di Blog Pertama Aku Dalam Frenster. Pekaba Korang ? Cmane Rayer ? Best?
Aku Rayer Kat Kajang & Pahang Je Tahun Nie. Tapi Rayer Ke-2 Aku Dah Ader Kat Umah Balik.
2 Hari Je Mase Untuk Beraya Ngan Sedara Mara, Datuk & Nenek Aku Kat Kampung. Pas Nie
Aku Akan Beraya Rumah² Member Aku Sekitar Sini Je Termasuk Rumah Yang Teristimewa
Di Seremban 2. Yeeeehaaa !!

Tu Je Aku Punye 1st Blog..
Chow..

p/s : Dengarla IKIM.fm Start Kul 12 pm Harini. Aku Ader Bagi Ucapan Raya.. Eheks..